fbpx

Mindef mahu pastikan tiada lagi projek lewat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled Nordin.

JOHOR BAHRU – Kementerian Pertahanan akan bekerjasama dengan Kementerian Kerja Raya bagi memastikan semua projek melibatkan kementerian itu dibangunkan mengikut jadual ditetapkan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu bagi memastikan kelewatan projek seperti yang berlaku melibatkan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing tidak berulang.

“Projek kerajaan oleh kementerian memang dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR). Jadi kita memang sentiasa adakan pertemuan secara berkala khususnya tentang perkembangan projek dan prestasi kontraktor.

“Kita akan terus memantau semua perkembangan projek Kementerian Pertahanan, tetapi daripada segi teknikal memang mereka yang laksanakan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Negeri Johor di Bandar Baru Uda, di sini hari ini.

Isnin lalu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah agar pihak bertanggungjawab membina kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing menjelaskan punca kelewatan pembinaan.

Baginda yang juga merupakan Kolonel Komandan Gerup Gerak Khas (GGK) bertitah, kolam tersebut sepatutnya siap sepenuhnya pada Disember 2022 namun sehingga kini masih dalam pembinaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI