fbpx

Bekas pegawai, pegawai bank disyaki empat tahun minta suapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pegawai dan bekas pegawai bank disyaki meminta dan menerima suapan selama empat tahun daripada firma guaman. - Foto SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Seorang pegawai dan bekas pegawai bank direman empat hari bermula hari ini, selepas dipercayai meminta dan menerima wang suapan daripada beberapa firma guaman di negeri ini berjumlah RM316,064.33, selama empat tahun.

Perintah reman sehingga 21 April itu dikeluarkan Majistret Nabilah Nizam terhadap suspek lelaki yang berusia 43 dan 35 tahun.

Suspek yang berpakaian baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, di sini, kira-kira pukul 8.55 pagi tadi diiringi anggota SPRM.

Kedua-dua suspek ditahan kira-kira pukul 6 petang semalam selepas hadir ke pejabat SPRM Melaka untuk memberi keterangan.

Menurut sumber, seorang suspek masih bertugas di ibu pejabat di Petaling Jaya, Selangor, manakala seorang lagi suspek merupakan bekas pegawai di bank yang sama bagi cawangan Melaka.

Siasatan awal mendapati, kedua suspek dipercayai menerima suapan dalam membantu memberikan rujukan kes kepada beberapa firma guaman di negeri ini.

Ia bagi urusan dokumentasi pinjaman hartanah daripada institusi perbankan tempat suspek bekerja antara 2018 hingga 2022 membabitkan nilai keseluruhan berjumlah RM316,064.33

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI