fbpx

Astaka umum kontrak RM150 juta kepada Kimlun untuk pembangunan Aliva

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHONG (tengah) pada majlis pecah tanah Aliva di Johor Bahru, hari ini.

PETALING JAYA – Pemaju hartanah bersepadu, Astaka Holdings Limited mengumumkan penganugerahan kontrak pembinaan bernilai RM150 juta kepada Kimlun Sdn. Bhd. sebagai kontraktor utama bagi projek Aliva di Mount Austin, Johor Bahru.

Dengan anggaran nilai pembangunan kasar RM254 juta, Aliva menyasarkan segmen pasaran premium dengan perkhidmatan dan kemudahan pengurusan gaya hotel, melibatkan 499 unit berkeluasan antara 595 dan 1,075 kaki persegi.

Ia dijadualkan siap sepenuhnya pada suku tahun keempat 2026 dan akan diuruskan oleh Knight Frank Property Management Sdn. Bhd.

Sejak pelancaran komersial Aliva pada Disember lalu, projek itu telah mencapai kadar tempahan 70 peratus menjelang majlis pecah tanah pembinaannya yang diadakan hari ini.

Pengarah Eksekutif dan ketua Pegawai Eksekutif Astaka, Allen Khong berkata, ketika Mount Austin merupakan sebuah bandar yang matang dan destinasi pelancongan popular, ia belum memiliki hotel mewah dan apartmen premium, yang mana Aliva diposisikan untuk mengisi kekosongan tersebut.

“Sambutan daripada pembeli Malaysia sangat positif, khususnya yang melihat Aliva sebagai pilihan hebat untuk kehidupan seharian, atau sebagai rumah kedua dan untuk pelaburan.

“Selain itu, dengan pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan lancar, kami melihat lebih banyak pembeli antarabangsa, terutamanya dari Singapura, secara aktif mencari hartanah di Malaysia.

“Berdasarkan ini, kami telah memohon kepada Kerajaan Negeri Johor untuk mengurangkan ambang minimum untuk pembelian hartanah oleh orang asing bermula dari RM500,000 dan faktor-faktor ini diharapkan mempercepatkan kadar pengambilan untuk Aliva,“ katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI