fbpx

Lelaki bermisai rakam video wanita dalam tandas diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki diburu ekoran disyaki merakam seorang wanita di dalam tandas sebuah pusat beli- belah bebas cukai di Jalan Haji Saman pada 6 April lalu. Foto IHSAN POLIS

KOTA KINABALU – Seorang lelaki diburu ekoran disyaki merakam seorang wanita di dalam tandas sebuah pusat beli- belah bebas cukai di Jalan Haji Saman pada 6 April lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah memaklumkan mangsa wanita berusia lingkungan 20 tahun berkenaan telah membuat laporan pada 7 April lalu sekitar pukul 3.34 petang.

“Siasatan mendapati mangsa ketika masa kejadian menyedari ada individu tidak dikenali sedang memegang telefon bimbit di bawah pintu tandas kira-kira jam 8.40 malam.

“Tindakan suspek itu dipercayai untuk merakam gambar atau video mangsa di dalam bilik tandas terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menyatakan hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) pusat beli-belah mendapati suspek adalah seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an.

“Lelaki berkenaan ketika kejadian memakai baju berwarna hitam serta seluar coklat selain berselipar. Suspek juga mempunyai misai dan berjanggut nipis.

“Oleh itu, kita meminta orang awam yang mengenali atau mempunyai maklumat berkenaan individu dalam rakaman CCTV ini agar menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Wan Azman Mat Salleh di talian 012-8260050 bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI