fbpx

6,034 guru Lantikan Secara Kontrak ditempatkan di sekolah KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 6,034 guru baharu Lantikan Secara Kontrak (COS) ditempatkan di sekolah-sekolah seluruh negara bermula kelmarin.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan seramai 1,858 calon daripada keseluruhan jumlah guru baharu COS ditempatkan di sekolah menengah manakala seramai 4,176 lagi di sekolah rendah.

“Penempatan guru baharu COS dibuat berdasarkan kepada tiga prinsip asas iaitu kepentingan perkhidmatan, kekosongan
perjawatan serta keperluan opsyen atau mata pelajaran semasa di sekolah.

“KPM ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) atas lantikan guru baharu COS bagi memenuhi keperluan semasa di sekolah-sekolah seluruh negara,” katanya.

Tambah kenyataan itu, KPM dan SPP akan terus bekerjasama erat bagi memastikan isu kekurangan guru dapat diatasi.

“Pelantikan guru baharu COS adalah cerminan komitmen berterusan kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI