fbpx

Lakukan tugasan mudah dahulu untuk dapat ‘mood’ kerja lepas cuti raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Keletihan emosi, kepenatan perjalanan dan tekanan tugasan pada hari pertama bekerja selepas menikmati cuti yang panjang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri minggu lalu sering terjadi dalam kalangan pekerja.

Hal ini membuatkan pekerja mudah hilang fokus terhadap tugasan yang diberikan.

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia (PHM) di Facebook, terdapat tujuh cara yang boleh dilakukan untuk kembalikan suasana bekerja secara produktif.

“Pertama, rancang kembali tugas-tugas yang diberikan atau yang belum sempat disiapkan sepanjang anda bercuti raya. Kedua lakukan kerja yang mudah dahulu sebelum melaksanakan tugas besar.

“Cara ketiga untuk kembalikan ‘mood’ bekerja selepas cuti panjang adalah berkongsi cerita pengalaman raya bersama rakan sekerja serta rancang jamuan raya bersama-sama,” kongsi PHM.

Selain itu, antara cara lain yang boleh dilakukan adalah elakkan diri daripada membuat keputusan besar pada minggu pertama memulakan kerja.

“Cara keenam adalah jauhi individu narastik serta yang terakhir sentiasa senyum dan jangan tunjuk anda tiada ‘mood’ bekerja,” cadangnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI