fbpx

Lelaki cederakan isteri, ugut bunuh diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GERIK – Polis telah memberkas suami kepada guru wanita yang dicederakan dan diugut bunuh oleh lelaki itu dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Baru Alai di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, lelaki berusia 42 tahun itu ditahan di kediamannya pada pukul 8.30 malam hari yang sama.

“Dalam tangkapan itu, kita turut merampas beberapa barang kes termasuk sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.

“Sisatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita berusia 36 tahun dicederakan dan diugut bunuh oleh suaminya kerana dikatakan mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Kejadian sekitar pukul 10.30 malam itu berlaku ketika mangsa sedang tidur di dalam bilik sebelum dikejutkan lelaki itu yang bertindak menarik tangan mangsa ke belakang dan diikat menggunakan tali.

Mangsa cuba melepaskan diri namun dia diugut bunuh oleh suspek dengan mengacukan pisau di leher.

Selain mengoyakkan pakaian mangsa dan menarik rantai leher sehingga putus, lelaki itu turut menitiskan cecair lilin pada payudara wanita tersebut dan mengugut akan membakarnya dan rumah mereka jika isterinya masih enggan mengaku hubungan dengan lelaki lain.

Wanita itu bagaimanapun berjaya melepaskan diri apabila memberitahu dia ingin ke bilik air sebelum segera keluar dari rumah dan melarikan diri dengan menaiki kereta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI