fbpx

‘Karak masih sesak, tak habis lagi orang Pantai Timur balik?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesesakan dilaporkan masih berlaku di Plaza Tol Bentong ke Bukit Tinggi.

PETALING JAYA – Aliran trafik Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak @ E8 dilaporkan masih bertali arus dan perlahan.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi kenyataannya berkata, keadaan itu berlaku dari arah barat antaranya melibatkan Plaza Tol Bentong ke Bukit Tinggi.

“Turut terlibat, laluan dari Genting Sempah (KM 42.1) ke Plaza Tol Gombak.

“Sila fokus kepada pemanduan dan awasi jarak selamat kenderaan. Semoga selamat sampai ke destinasi,” kata kenyataan itu, sebentar tadi.

Kesesakan trafik yang disifatkan ‘terburuk’ oleh pengguna jalan raya terlibat itu masih hangat diperkatakan orang ramai berikutan ia berlanjutan sehingga hari raya kelima.

“Tak habis lagi ke orang Pantai Timur balik? Baru aku tahu 80 peratus orang Pantai Timur duduk Selangor dan Kuala Lumpur, itu sesak tak habis-habis sampai hari ni,” soal Natasya Huda.

“Masih lagi sesak sekarang ni. Betul-betul ramai orang Pantai Timur kerja Kuala Lumpur,” kata seorang lagi pengguna.

“Ingatkan hari ini sudah selesai, ada lagi sesak,” komen Eiylaa Lala.

Susulan itu, ada dalam kalangan pengguna lebuh raya berkenaan memutuskan untuk mengangguhkan perjalanan keesokan hari.

“Tak jadi balik Kuala Lumpur malam ni. Gerak balik sebelum subuh nanti,” ujar Muhammad Zulkhairi Zulkafli. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI