fbpx

Geng curi rantai emas pesta air Songkran diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan ruang dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai. - Foto AFP

BANGKOK – Polis Thailand menangkap dua lelaki Korea Selatan yang disyaki mencuri rantai emas daripada orang ramai yang menyertai pesta air Songkran di sekitar Chiang Mai, lapor laman berita Khaosod semalam.

Menurut siasatan, kumpulan pencuri itu terdiri daripada empat lelaki Korea Selatan iaitu Chu Doo-man, Shin Boo-kook, Hong Seoung-bok dan  Lee Chul-hyun.

Dua anggota kumpulan itu dilaporkan berjalan mengelilingi mangsa untuk menarik perhatian mereka, manakala salah seorang daripada mereka menggunakan pengetip kuku untuk memotong rantai emas yang dipakai sebelum melarikan diri.

Doo-man ditangkap berhampiran kawasan Pintu Gerbang Tha Phae, daerah Mueang.

Rakannya,  Boo-kook pula ditahan di sebuah terminal penumpang antarabangsa ketika dia mahu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai.

Polis menemui seutas rantai emas seberat 15 gram dan sebuah patung Buddha berbingkai emas bernilai 50,000 baht (RM6,512) di dalam bilik hotel tempat mereka menginap.

Anggota polis kini cuba mengesan dan mendakwa ahli kumpulan ketiga dan keempat. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI