fbpx

Masih ada yang terperangkap hingga malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian Nor Zara yang terpaksa menghadap kesesakan jalan raya ketika pulang ke ibu kota, malam ini.

PETALING JAYA – Masih ramai rakyat Malaysia yang ‘tersangkut’ dalam kesesakan jalan raya walaupun sudah masuk hari kelima Syawal.

Tinjauan Kosmo! di laman sosial mendapati, kebanyakan jalan raya utama masih sesak susulan orang ramai membuat keputusan untuk pulang ke ibu kota pada saat akhir.

“Dari Jengka ke Bentong, ‘jammed’ 7 jam. Masih jauh perjalanan untuk ke Kuala Lumpur.

“Hujan pula lebat. Jalan sesak melekat-lekat,” kata Nor Zara yang melalui Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), malam ini.

Meninjau ke ruangan komen, para pengguna Facebook tidak melepaskan peluang untuk berkongsi mengenai kesesakan lalu lintas yang terpaksa ditempuhi.

“Semoga dipermudahkan perjalanan puan. Saya semalam terpaksa hadap sesak empat jam dari Lanchang ke Gombak,” kata Adam.

“Saya gerak dari Kuantan pukul 5 pagi, syukur pukul 9 pagi sudah sampai Kuala Lumpur. Selepas tol Karak, saya guna jalan lama untuk elak kesesakan,” kata Hafiz.

“Bertahanlah, saya ‘jammed’ 12 jam dari Terengganu ke Shah Alam,” kata Azira.

Terdahulu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan, berlakunya kesesakan teruk dari plaza tol Karak sehingga Plaza Tol Bentong.

Difahamkan, trafik juga sesak dari plaza Tol Bentong ke Lentang serta dari Genting Sempah ke plaza Tol Gombak sejak petang tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI