fbpx

JDT, Real Madrid bakal jalin kerjasama?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT persis Real Madrid kerana memenangi pelbagai kejuaraan di peringkat domestik.

GERGASI bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menoktahkan kerjasama dengan Real Madrid?

Persoalan itu timbul sejurus satu gambar pada ciapan dimuat naik pemilik Harimau Selatan, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim yang sedang memakai baju tertera logo kelab gergasi Sepanyol berkenaan pada laman Instagram miliknya kelmarin.

Mengukuhkan lagi spekulasi itu apabila gambar berkenaan turut disertai kapsyen yang seakan memberi bayangan kelab itu berkemungkinan besar mengumumkan satu gerak kerja baharu bagi memperkukuhkan jenama JDT pada masa depan.

Malah mengukuhkan lagi andaian apabila Tunku Mahkota Ismail turut menyertakan #future, #empire dan #newproject dalam kapsyen yang sama.

Soon (tidak lama lagi). Why go for average (kenapa harus yang biasa-biasa),” menurut ciapan Tunku Mahkota Ismail.

Menariknya, ciapan itu turut menarik minat bekas bintang Barcelona dan Sepanyol, Gerard Pique dan Tunku Mahkota Ismail sempat meninggalkan komen balas.

TUNKU Mahkota Ismail memuat naik baju tertera logo Real dalam laman Instagram miliknya kelmarin. – IG HRH CROWN PRINCE OF JOHOR

Dalam laporan media tempatan sebelum ini, Tunku Mahkota Ismail pernah menyuarakan hasrat untuk mempunyai pusat latihan setaraf dengan Real dan mungkin dijadikan projek seterusnya buat JDT.

“Ini adalah pusat latihan Real Madrid. Ini projek saya yang seterusnya dan akan dibina di Johor untuk JDT bersebelahan stadium baharu,” kata Tunku Mahkota Ismail yang dipetik dalam laporan media tempatan pada 2018.

Reputasi JDT bukan asing di kalangan kelab luar negara kerana Tunku Mahkota Ismail pernah mengadakan lawatan kerja ke Eropah dan pertemuan dilaporkan sudah dilakukan dengan pengurusan tertinggi beberapa pasukan seperti Barcelona, Real dan Paris Saint-Germain.

JDT sudah pun menjalinkan kerjasama erat dengan Barcelona dan pernah menggunakan kepakaran juara Sepanyol itu dalam urusan pemulihan pemain seperti Syamer Kutty Abba, Gary Steven Robbat, Syafiq Ahmad, Natxo Insa, Ramadhan Saifullah dan S. Kunanlan.

Sebelum ini juga Harimau Selatan pernah bekerjasama dengan gergasi Jerman, Borussia Dortmund dalam usaha negeri itu untuk melahirkan lebih banyak pemain bola sepak muda berbakat pada masa depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI