fbpx

Kedah rekod cuaca panas sehingga 40 darjah Celsius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kedah merekodkan cuaca panas tahap dua yang merujuk kepada status gelombang haba hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi Facebooknya pada pukul 4.30 petang tadi.

Kawasan yang terlibat adalah Pokok Sena yang merekodkan cuaca panas tahap dua dengan bacaan suhu 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Sementara itu, MetMalaysia turut melaporkan sebanyak 22 kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak berada pada tahap satu iaitu berjaga-jaga.

“Sebanyak 18 kawasan di Semenanjung itu meliputi Perlis, Padang Terap, Sik, Baling, Pulau langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pendang, Yan, Kuala Muda, Kulim, Bandar Baharu di Kedah.

“Selain itu, Timur Laut Pulau Pinang, Raub, Pahang dan Gua Musang, Kelantan.

“Seterusnya, ia turut melibatkan tiga kawasan di Sabah (Beaufort, Tuaran dan Tenom) serta satu lagi di Limbang, Sarawak,” katanya.

Status panas tahap satu itu dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian orang ramai boleh merujuk laman web www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI