fbpx

Isteri gembira suami hadiahkan set tayar kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG suami memberikan kepada isterinya satu set tayar kereta dan sejambak bunga. - Foto X

RIYADH – Seorang suami di Arab Saudi memberi hadiah satu set tayar kereta baharu beserta jambangan bunga kepada isterinya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, lapor portal berita Gulf News semalam.

Dalam klip video berkenaan, lelaki itu berkata, dia telah berbincang dengan anak-anak untuk menyampaikan hadiah ‘praktikal’ kepada ibu mereka pada hari raya yang disambut  Rabu lalu.

Pada masa lalu, wanita berkenaan menerima hadiah seperti barang kemas dan  minyak wangi.

“Namun, kali ini, kami membeli tayar kereta. Kami bimbang tentang reaksinya,” kata si suami. 

Bagaimanapun, apa yang mengejutkan ialah wanita berkenaan gembira menerima hadiah tidak seberapa  itu. 

“Selain daripada yang lain, isteri saya juga memerlukan tayar baharu kerana tayar keretanya sudah haus,” kata lelaki tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI