fbpx

Seorang lemas, seorang hilang dihanyut kepala air di Air Terjun Kampung Sebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang mangsa disahkan mati lemas selepas dihanyut kepala air ketika mandi di Air Terjun Kampung Sebat, Sematan petang tadi.

SEMATAN – Seorang mati lemas, seorang masih hilang dan dua lagi selamat selepas dihanyutkan kepala air ketika mandi di Air Terjun Kampung Sebat, di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 4.55 petang.

“Kejadian melibatkan empat mangsa lelaki berumur 20 tahun. Dua mangsa selamat setelah berjaya dikeluarkan oleh penduduk kampung. Seorang mangsa turut dikeluarkan oleh penduduk kampung, tetapi disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian,: katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) belum menemui seorang lagi mangsa dan ditangguhkan pukul 7 malam tadi, namun pasukan Rela dikerahkan untuk bersedia di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI