fbpx

Belasah pemandu kereta, empat lelaki warga Pakistan direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar pemandu Proton Saga yang terlibat kejadian langgar tiga lelaki Pakistan dipukul orang awam semalam.

TELUK INTAN – Empat lelaki warga Pakistan yang ditahan bagi membantu siasatan kes pukul melibatkan pemandu kereta Proton Saga yang menyebabkan kematian tiga rakan mereka kelmarin, direman empat hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan itu dikeluarkan Majistret T. Ashvinii dalam prosiding di Mahkamah Majistret Teluk Intan di sini.

Reman terhadap kesemua lelaki berusia 24 hingga 49 tahun itu dipohon bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Terdahulu, tular video berdurasi 19 saat yang memaparkan tindakan sekumpulan lelaki warga Pakistan membelasah lelaki yang terlibat dalam kejadian langgar di Kilometer 16, Jalan Teluk Intan-Bidor, di sini kelmarin.

Difahamkan, lelaki tersebut merupakan pemandu kereta jenis Proton Saga yang melanggar enam lelaki warga Pakistan yang sedang berjalan kaki ke masjid bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Kejadian sekitar pukul 8.10 pagi itu menyebabkan tiga lelaki berusia 20 hingga 35 tahun maut akibat kecederaan parah.

Tiga lagi rakan senegara yang turut parah kini menerima rawatan lanjut di Hospital Teluk Intan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI