fbpx

[VIDEO] Pemandu Saga positif ganja lapor cedera dipukul orang awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar pemandu Proton Saga yang terlibat kejadian langgar tiga lelaki Pakistan dipukul orang awam semalam.

TELUK INTAN – Polis mengesahkan menerima laporan daripada pemandu kereta Proton Saga yang dipukul orang awam dalam kejadian langgar hingga menyebabkan kematian tiga lelaki warga Pakistan di Kilometer 16, Jalan Teluk Intan-Bidor, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, lelaki berusia 36 tahun yang didapati positif ganja itu membuat laporan polis pada pukul 1 petang tadi selepas cedera di kepala.

“Kita telah kenal pasti empat individu yang terlibat dalam kejadian pukul itu di mana kesemua mereka dipercayai dalam kalangan rakan-rakan mangsa yang terselamat.

“Kejadian pukul itu dikatakan berlaku sejurus kemalangan dan reda sebaik sahaja polis tiba di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan sama beliau berkata, pemandu kereta berkenaan telah direman selama empat hari sehingga Ahad ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI