fbpx

Teruskan perjuangan demi kesejahteraan negara – Razarudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin

PETALING JAYA – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengingatkan para pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas semasa perayaan Aidilfitri agar meneruskan perjuangan masing-masing demi kesejahteraan negara.

Beliau berkata, segala khidmat bakti yang dicurahkan pasti bakal memberi imbalan yang setimpal oleh Allah SWT di akhirat kelak.

Dalam pada itu, beliau juga turut mendoakan saudara seagama di Palestin yang masih dibelenggu peperangan dan menderita dalam cengkaman musuh Islam.

“Semoga ALLAH SWT sentiasa memberi pertolongan kepada mereka pada hari kemenangan ini,” katanya dalam ucapan khas yang disiarkan di laman Facebook PDRM, hari ini.

Dalam pada itu, Razarudin sempat menitipkan ucapan selamat Hari Raya Aidilfitri buat warga PDRM serta rakyat Malaysia, khususnya yang beragama Islam.

“Rai kemenangan dengan kita saling bermaafan dan kuatkan kembali jalinan silaturahim. Semoga hari raya ini disambut dengan penuh keceriaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI