fbpx

[VIDEO] Orang ramai cemas bunga api, mercun meletup di Dataran Jam Besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar orang ramai berlari ketakutan akibat kejadian letupan bunga api dan mercun di Dataran Jam Besar Sungai Petani, awal pagi tadi.

SUNGAI PETANI – Orang ramai cemas apabila berlaku letupan bunga api dan mercun di Dataran Jam Besar di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.48 pagi itu, pengunjung dan peniaga dilihat melarikan diri sebaik mendapati letupan menjadi tidak terkawal.

Berdasarkan video kejadian yang tular, beberapa individu dilihat bermain bunga api di tepi jalan sebelum letupan itu menjadi tidak terkawal selepas ia meletup di bawah.

Difahamkan, letupan merebak selepas percikan bunga api itu turut mengakibatkan sejumlah bunga api dan mercun yang terletak berhampiran turut meletup sama.

Video berdurasi lebih dua minit itu menunjukkan orang ramai ketakutan dan melarikan diri serta mengalihkan kenderaan masing-masing dari kawasan tersebut.

Sementara itu, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, pihaknya hanya menerima panggilan berhubung kes kebakaran sampah di kawasan Bazar Aidilfitri Dataran Jam Besar Sungai Petani pada pukul 4.55 pagi tadi.

Kosmo! sedang berusaha bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung insiden berkenaan dan pengesahan pihak polis – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI