fbpx

[VIDEO] Mercun meletup di Dataran Jam Besar angkara penjaja tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar orang ramai berlari ketakutan akibat kejadian letupan bunga api dan mercun di Dataran Jam Besar Sungai Petani, awal pagi tad

SUNGAI PETANI – Letupan bunga api dan mercun di Dataran Jam Besar, di sini pada awal pagi tadi dipercayai berpunca daripada penjaja yang membakar bunga api di tepi jalan di situ.

Menurut saksi yang enggan dikenali, kejadian kira-kira pukul 4.48 pagi itu berlaku ketika kebanyakan peniaga di khemah perniagaan Bazar Aidilfitri sedang mengemas untuk menutup perniagaan masing-masing.

Katanya, beberapa anak muda yang dipercayai penjaja bunga api dan mercun membakar bahan tersebut untuk berseronok.

“Namun bekas bunga api yang dibakar itu dikatakan terbalik menyebabkan letupan jadi tidak terkawal sehingga percikannya membakar sejumlah bunga api dan mercun lain yang dipamerkan di atas meja jualan penjaja terbabit,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, dia yang berniaga di bazar di situ bersama beberapa peniaga lain terus bergegas ke lokasi untuk membantu penjaja itu selepas keadaan menjadi tidak terkawal.

“Saya dan beberapa individu bertindak membasahkan kain dan menutup bahagian meja yang mengandungi bunga api dan mercun yang terbakar itu. Kami bersyukur tindakan itu berjaya menghalang letupan dan kebakaran daripada terus merebak,” ujarnya.

Menurutnya, terdapat ramai penjaja membuka meja jualan bunga api dan mercun di situ menjelang Aidilfitri ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan yang dihubungi mengesahkan kejadian dan sedang menyiasat lanjut insiden berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI