fbpx

Polis kesan saksi bantu siasatan kes bunuh disebabkan cemburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
D. TANABALAN dikesan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki Jumaat lalu.

TELUK INTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki dikenali D. Tanabalan bagi membantu melengkapkan siasatan kes bunuh melibatkan mangsa berusia 32 tahun pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, lelaki berusia 42 tahun itu belamat terakhir di Nombor 6, Jalan Degong Ratanui dekat Langkap.

“Maklumat kejadian itu diterima Jumaat lalu sekitar pukul 8.15 malam selepas dimaklumkan seorang doktor di Hospital Teluk Intan yang memaklumkan ada menerima pesakit lelaki warga tempatan dalam keadaan luka di dada dan leher dipercayai akibat senjata tajam.

“Pemeriksaan yang dijalankan menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) di zon merah wad kecemasan mendapati mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri itu dihantar ke hospital oleh seorang lelaki menaiki sebuah kereta Proton Saga sebelum melarikan diri,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, bertindak atas maklumat, tangkapan dijalankan terhadap tujuh individu berusia 25 hingga 45 tahun termasuk seorang wanita pada Jumaat di lokasi berasingan sekitar di sini.

“Hasil soal siasat yang dijalankan ke atas kesemua suspek mengaku berada di lokasi kejadian ketika pergaduhan berlaku antara mangsa dan rakan mereka. Difahamkan, pergaduhan di sebuah taman perumahan di Langkap itu berpunca daripada rasa cemburu terhadap mangsa yang dikatakan menjalin hubungan dengan isteri seorang daripada suspek,” katanya.

Tambah beliau, kesemua suspek direman selama tujuh hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

“Sehubungan itu, pihak polis sedang mengesan seorang lagi saksi untuk membantu melengkapkan siasatan kes berkenaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintenden Shahrul Shamsudin di talian 05-6233969 atau 017-9752668,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI