fbpx

Perkhidmatan CIMB pulih sepenuhnya pada pukul 12 tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CIMB Bank - Gambar hiasan

PETALING JAYA – CIMB Bank Berhad mengesahkan perkhidmatan perbankan melibatkan CIMB Clicks, CIMB OCTO, FPX, MyDebit, Kredit dan Terminal Layan Diri mengalami gangguan sementara pada pukul 2.45 hingga 5 petang, semalam.

Bagaimanapun, menurut kenyataan, gangguan tersebut telah berjaya dipulihkan pada pukul 5 petang hari yang sama.

Mengulas lanjut mengenai gangguan perkhidmatan yang berlaku pada awal pagi tadi, CIMB berkata, perkhidmatan CIMB Clicks dan CIMB OCTO sudah boleh digunakan pada pukul 10.00 pagi dan pulih sepenuhnya menjelang tengah hari.

“CIMB Bank ingin memberi jaminan kepada pelanggan bahawa sistem perbankan serta data pelanggan kekal selamat.

“Kami memohon maaf kepada pelanggan atas gangguan yang berlaku semasa rakyat Malaysia bersiap sedia untuk menyambut musim perayaan. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada pelanggan CIMB atas kesabaran dan pemahaman anda,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, perkhidmatan CIMB Bank Berhad melibatkan CIMB Clicks, CIMB OCTO, FPX, MyDebit, Kredit dan Terminal Layan Diri mengalami gangguan sementara, pagi tadi.

Tinjauan di aplikasi X mendapati, pengguna perkhidmatan CIMB Bank meluahkan kekecewaan terhadap gangguan tersebut, lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI