fbpx

56 kenderaan dipandu warga asing tanpa lesen disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANIF Yusabra Yusuf (dua dari kanan) ketika melancarkan Op Khas HRA 2024 JPJ Negeri Sembilan di Pejabat JPJ Negeri Sembilan, Jalan Seremban-Tampin, Seremban hari ini.

SEREMBAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan telah mengambil tindakan menyita 56 buah kenderaan dengan terutamanya kenderaan perdagangan iaitu lori kecil selepas ia didapati dipandu oleh pemandu warga asing tanpa lesen memandu.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, kesemua kenderaan tersebut disita hasil penguatkuasaan Op Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024 yang telah dilaksanakan bermula 1 April lalu.

“Menerusi penguatkuasaan ini, JPJ Negeri Sembilan telah mengambil tindakan menyita 56 buah kenderaan yang dipandu oleh pemandu warga asing dengan melibatkan 96 kesalahan.

“Kenderaan-kenderaan ini disita kerana pemandu warga asing ini memandu tanpa lesen memandu dan juga Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh dan tiada insurans. Pemilik kenderaan juga diambil tindakan atas kesalahan membenarkan memandu bagi kesalahan tersebut.

“Selain lori kecil, sebahagian daripada mereka juga menunggang motosikal yang diguna pakai untuk tujuan perniagaan seperti menjual ais krim dan roti. Kebanyakan kenderaan ini dimiliki oleh rakyat tempatan dan disewakan kepada warga asing ini,” katanya pada sidang akhbar pelancaran Op Khas HRA 2024 JPJ Negeri Sembilan di Pejabat JPJ Negeri Sembilan, Jalan Seremban-Tampin, di sini, hari ini.

Menurut Hanif Yusabra lagi, kebanyakan warga asing yang diambil tindakan berkenaan adalah dari negara Pakistan iaitu seramai 26 orang diikuti warganegara Bangladesh seramai 12 orang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI