fbpx

Baru sedar kasut tumit tinggi ada kalimah Allah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sepasang kasut bertumit tinggi tertera kalimah seakan-akan ejaan Allah dalam tulisan Arab yang dijual di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru. Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Pemilik premis perniagaan yang menjual kasut bertulisan seolah-olah kalimah Allah dibahagian tapaknya telah menyimpan semua stok kasut berkenaan setelah ditegur pembeli.

Pembeli kasut berkenaan, Hamizun Zainudin, 50, berkata, kasut tumit tinggi itu dibeli pada harga RM99.99 sepasang di sebuah kedai di pusat beli belah di bandar raya ini.

Menurutnya, dia hanya menyedari kalimah berkenaan setelah pulang ke kediamannya di Kukup, Pontian semalam.

“Kasut itu dibeli di sebuah kedai di tingkat dua. Saya beli tiga pasang kasut, tetapi saya terkejut apabila mendapat tahu sepasang daripadanya tertera kalimah seakan-akan ejaan Allah dalam tulisan Arab.

“Saya pergi kembali ke kedai tersebut untuk memulangkan kasut itu dan memberikan pekerja kedai berkenaan. Mujurlah mereka pulangkan wang saya kembali.

“Saya kemudian bertanya kepada seorang pekerja Muslim mengapa menjual kasut yang tertera kalimah sedemikian, dia menjawab mereka tidak perasan. Saya beritahu telah buat laporan polis kemudian mereka menyimpan semua kasut tersebut.

“Difahamkan, pemilik premis mereka turut membuat laporan polis berhubung kejadian itu malam tadi,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Tambah Hamizun, pekerja kedai turut memberitahu mereka telah melakukan pemeriksaan dan mendapati hanya jenama kasut bertumit tinggi itu yang mempunya kalimah sedemikian.

“Apa yang mengecewakan saya adalah premis kedai itu tetap menjual kasut itu walaupun ada tertera kalimah sedemikian kerana dimaklumkan ada beberapa pembeli lain turut memulangkan kasut berkenaan sebelum ini.

“Bila saya buat pemeriksaan, saya dapati kejadian ini pernah didedahkan sejak 29 Mac lalu lagi. Jadi saya harap tindakan tegas diambil pihak berwajib kerana perbuatan meletakkan kalimah Allah di tapak kaki tidak boleh dimaafkan.

“Orang Islam tidak pernah meletakkan simbol agama lain ditempat seperti itu,” jelasnya lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI