fbpx

Laluan Kampung Relong menghala ke LTU sesak 10 kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN trafik dari Kampung Relong menghala ke Kampung Kechau Tui mengalami kesesakan jalan raya, hari ini.

LIPIS – Laluan dari Kampung Relong ke Kampung Kechau Tui, dekat sini, mengalami kesesakan sejauh kira-kira 10 kilometer ekoran peningkatan jumlah kenderaan menghala ke Gua Musang, Kelantan melalui lebuh raya Lingkaran Tengah Utama (LTU).

Tinjauan Kosmo! mendapati kenderaan bergerak perlahan apabila orang ramai berpusu-pusu pulang ke kampung halaman bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Bagaimanapun aliran trafik kembali lancar di persimpangan masuk ke LTU di Kechau Tui menghala ke Merapoh.

Seorang penduduk Kampung Relong, Nor Syazwani Shamsuddin, 34, berkata, trafik di laluan berkenaan mulai sibuk bermula malam tadi dan berlarutan hingga petang ini.

Menurutnya, terdapat juga beberapa buah kenderaan bertindak berhenti di bawah pokok untuk berehat kerana laluan berkenaan tidak bergerak hampir 30 minit.

“Kebetulan tadi saya ada hantar pesanan kuih ke bandar Lipis dan lihat kesesakan jalan raya yang teruk. Jadi saya membuat keputusan untuk mengikut laluan Felda Kechau-Kampung Melaka.

“Saya tidak sanggup habiskan masa hampir sejam hadap kesesakan jalan raya berbanding waktu biasa yang hanya ambil masa 15 minit saja,”katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI