fbpx

Plaza Tol Gombak mula sesak, ramai balik raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan trafik di Plaza Tol Gombak menghala ke Genting-Pahang.

PETALING JAYA – Aliran trafik di Plaza Tol Gombak dilaporkan mula sesak susulan pertambahan kenderaan apabila ramai dilihat sudah memulakan perjalan pulang ke kampung sempena perayaan Aidilfitri, minggu depan.

Tinjauan Kosmo! melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM), aliran trafik di lokasi berkenaan menunjukkan trend meningkat bermula tengah hari tadi.

Bagaimanapun, tinjauan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 menunjukkan trafik masih lancar setakat pukul 2.30 petang.

Bagi Lebuh Raya Utara-Selatan, jurucakap LLM berkata, trafik dilaporkan lancar dikedua-dua hala meskipun terdapat treler rosak di kilometer 264.6 dari Terowong Menora ke Ipoh Utara, Perak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI