fbpx

Ops Pantau: KPDN rekod 164 kesalahan, nilai rampasan RM558,956

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan ketika melawat Pusat Arahan Penguat Kuasa (ECC) di Bahagian Penguatkuasaan KPDN, Putrajaya hari ini.- Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merekodkan sebanyak 164 kes atas pelbagai kesalahan menerusi Ops Pantau dengan melibatkan nilai rampasan berjumlah RM558,956.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, bermula 12 Mac sehingga semalam, sebanyak 38,126 premis telah diperiksa di seluruh negara.

“Sebanyak 1,216 aduan oleh pengguna juga diterima dalam tempoh yang sama melibatkan pelbagai kategori aduan.

“Antara kesalahan diambil tindakan meliputi kegagalan meletakkan tanda harga, tidak menggunakan alat timbang yang sah dan menjual barang-barang tiruan,” katanya menerusi sidang akhbar selepas melakukan lawatan di Pusat Arahan Penguat Kuasa (ECC) di sini hari ini.

Ops Pantau yang dilaksanakan bermula 12 Mac lalu bertujuan memantau pematuhan aktiviti perniagaan sepanjang bulan Ramadan sehingga menjelang Syawal.

Penguatkuasaan dijalankan secara berfokus di seluruh negara dengan lokasi tumpuan seperti bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya besar, pasar raya, kedai runcit dan aktiviti penjualan secara dalam talian.

Mengulas lanjut, Armizan berkata, pelaksanaan Ops Pantau digerakkan sepenuhnya melalui Sistem Pengurusan Penguatkuasaan Bersepadu (IEMS) bagi membolehkan tindakan susulan yang pantas dan berkesan dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI