fbpx

40 ahli scammer diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Polis berjaya melumpuhkan kegiatan sindiket pelaburan tak wujud dengan menahan 40 individu dalam satu serbuan di sebuah unit perniagaan di bandar raya ini, pagi semalam.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, kesemua yang ditahan terdiri daripada 15 lelaki dan 25 wanita warga tempatan berusia lingkungan 22 hingga 50 tahun untuk siasatan lanjut.

Katanya, bertindak atas maklumat diterima, pasukan polis dari Bukit Aman bersama polis Kontinjen Johor telah membuat serbuan dan pemeriksaan di sebuah unit perniagaan kerana disyaki beroperasi sebagai ‘calling centre’ yang menawarkan pelaburan tidak wujud, pada11.10 pagi.

“Siasatan awal mendapati modus operandi sindiket berkenaan adalah mereka akan mempromosikan dan mengiklankan pelaburan yang dikenali sebagai ‘xtrade’ di laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Youtube.

“Dalam promosi berkenaan, pelanggan dijanjikan dengan pulangan lumayan iaitu antara 50 hingga 100 peratus dari jumlah pelaburan dengan pelaburan minima USD100,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kumar, pelanggan yang berminat dengan tawaran tersebut kemudiannya akan menghubungi talian telefon yang diberikan dalam iklan tersebut.

Katanya, sindiket berkenaan juga didapati menjalankan aktivitinya dengan berselindung di sebalik nama sebuah
syarikat tempatan yang berdaftar bagi mengelakkan aktivitinya dikesan pihak berkuasa dan tidak menimbulkan syak.

“Sindiket ini dipercayai menyasarkan individu dari luar negara sebagai mangsa,” katanya.

Dalam serbuan itu, polis merampas peralatan yang digunakan dalam kegiatan tersebut iaitu 41 set komputer, 46 buah telefon bimbit dan masing-masing satu unit modem dan router. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI