fbpx

Nelayan dikhuatiri lemas ketika memancing di laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BALIK PULAU – Seorang nelayan dikhuatiri lemas dipercayai ketika memancing ikan berhampiran Pulau Kendi di sini, tengah hari tadi.

Mangsa, Mohd. Azrul Rosli, 30-an, sebelum itu dikatakan keluar menaiki bot dari Jeti Kuala Sungai Burung, kira-kira pukul 7 pagi tadi.

Ketua Unit Nelayan Kuala Sungai Burung, Rosli Abdul berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian berlaku daripada kumpulan nelayan yang berada di laut pada pukul 12 tengah hari tadi.

Menurutnya, Mohd. Rosli yang juga bapa kepada empat cahaya mata itu dikatakan keluar memancing seorang diri.

“Kami dimaklumkan yang dia dipercayai terjatuh dari bot ketika sedang memancing ikan. Botnya ditemui dalam keadaan enjin masih hidup bersama rod.

“Usaha mencari sedang dijalankan sejak tengah hari tadi oleh rakan-rakan nelayan bersama pasukan polis marin,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, sebentar tadi.

Ketika ini, ahli keluarga mangsa dilaporkan berada di Jeti Kuala Sungai Burung bagi menantikan perkhabaran terkini operasi mencari dan menyelamat (SAR). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI