fbpx

LTAT umum kadar dividen 5 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangunan LTAT di Jalan Bukit Bintang.

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengisytiharkan dividen sebanyak lima peratus bagi tahun kewangan 2023.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pendapatan bersih LTAT telah meningkat kepada RM537.80 juta pada 2023 daripada RM432.47 juta tahun sebelumnya yang merupakan peningkatan sebanyak 24 peratus.

“Keuntungan Terkumpul selepas dividen LTAT juga telah mula berkembang dengan lebih besar kepada RM756.81 juta berbanding RM498.7 juta pada tahun 2022 yang merupakan peningkatan sebanyak
52 peratus dan berbanding hanya RM38.7 juta pada penghujung tahun 2018.

“Secara ringkasnya, saya boleh katakan, bahawa majlis pengumuman dividen pada hari ini adalah bukti terbaik kejayaan komitmen dan pelaksanaan pelbagai program transformasi yang telah dijalankan,” katanya.

Mohamed Khaled berkata, keseluruhan gabungan rizab LTAT merekodkan kedudukan kewangan yang sentiasa positif.

“LTAT juga sentiasa memastikan kadar solvensi bukunya tidak kurang dari 100 peratus ketika mengisytiharkan dividen tahunannya kepada pencarum bagi menjamin keupayaan LTAT untuk melaksanakan obligasi kewangannya
pada setiap masa.

“Malah, kadar dividen diumumkan secara asasnya menzahirkan perkembangan yang positif buat LTAT kerana ia berjaya untuk memberi kadar dividen yang telah beransur pulih, mampan dan stabil,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI