fbpx

Kalau betul sayang, kenapa buka aib saya? – Bella Astillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLA tidak puas hati dengan sikap Aliff yang kononnya masih sayang tetapi membuka aib untuk tontonan umum.

KUALA LUMPUR — Cakap tidak serupa bikin. Itu yang dirasai pelakon juga penyanyi, Bella Astillah mempersoalkan keengganan Aliff Aziz melafazkan cerai terhadapnya atas alasan masih sayang.

Bella dan nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkata, seandainya benar masih ada cinta, Aliff sebagai suami tidak patut membuka aib percintaannya bersama pelakon, Muaz Zabir.

“Macam tadi dia cakap dia masih sayangkan saya dan anak-anak.

“Kalau betul dia masih sayang, kenapa dia buka aib saya?”

“Sedangkan saya simpan aib itu sampai ke mati,” katanya kepada Kosmo! Online di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Ditanya sama ada pelakon dan penyanyi itu enggan melafazkan talak kerana mahu melunaskan dendam, ibu kepada dua anak itu enggan memberikan sebarang komen.

“Wallahualam saya tak ada apa-apa komen mengenai perkara itu sebab kita tak tahu hati orang lain macam mana kan?”

Disua pula soalan adakah suaminya ada pulang ke rumah selepas kemelut yang berlaku, Bella memaklumkan dia tiada masa masa memikirkan perkara tersebut kerana sedang sibuk menguruskan anak-anak.

Kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula selepas Aliff ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.

Bella kemudian membuat memfailkan cerai secara ‘fast track’ di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.

Bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguh susulan ketidakhadiran Aliff yang terikat dengan penggambaran drama Terjerat.

Aliff juga enggan melafazkan cerai pada sebutan kes cerai dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.

Mahkamah menetapkan 4 Jun ini sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI