fbpx

FAM tunggu laporan Pan-gon isu taktikal ‘long ball’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad Harimau Malaya gagal mengutip sebarang mata ketika menentang Oman dua kali bulan lalu. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin menunggu laporan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengenai taktikal hantaran jauh (long ball) yang telah dikritik hebat ketika dua aksi bertemu Oman bulan lalu.

Menurut Hamidin, pihak persatuan kini sedang menunggu laporan penuh daripada Pan-gon sebelum rumusan boleh dibuat tetapi menegaskan percaturan taktikal sememangnya hanya ditentukan oleh barisan kejurulatihan.

“Mengenai taktikal, saya boleh bagi pandangan kerana saya kumpul (pendapat netizen) dan melakukan analisa kerana saya sendiri melihat corak permainan (Harimau Malaya).

“Namun, saya tidak boleh arahkan dia tukar taktikal kerana FAM bayar gaji dia dan biarlah dia yang buat.

“Cuma, saya nak tahu sama ada pemain tidak ikut taktikal yang ditetapkan atau memang dia nak buat taktikal seperti itu (long ball). Mungkin minggu ini saya akan berbincang dengannya,” kata Hamidin.

Skuad Harimau Malaya ketika ini telah menerima tamparan hebat apabila tewas dua kali kepada Oman pada kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 sekali gus mengharapkan keajaiban untuk mara ke pusingan seterusnya.

Malah, taktikal ‘long ball’ yang dipamerkan oleh barisan pemain Harimau Malaya telah dikritik kerana tidak sesuai dengan ‘DNA’ yang ditetapkan sebelum ini terutama apabila menentang pasukan daripada Asia Barat.

Situasi tersebut menyaksikan ada dakwaan sumber rapat persatuan bahawa Pan-gon bersedia untuk ‘undur diri’ sebelum membuat keputusan untuk menghormati kontraknya sehingga tahun 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI