fbpx

Aliff Aziz enggan cerai, masih sayang Bella

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliff dan Bella ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini. Foto oleh M.Firdaus M.Johari/Kosmo!

KUALA LUMPUR – Meskipun pelakon Bella Astillah bertekad untuk bercerai secara `fast track’, penyanyi dan juga pelakon Aliff Aziz hari ini membuat kejutan apabila berpendirian enggan melafazkan cerai terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Dalam prosiding hari ini, ketika ditanya Hakim Syarie Wan Mohd. Najib Wan Hamat sama ada dia bersetuju atau tidak dengan penceraian itu, Aliff kemudian dengan nada tegas menjawab tidak.

Hakim Syarie: Adakah benar setuju (penceraian)
Aliff: tidak

Hakim Syarie: Masih sayang (Bella)
Aliff: Sayang

Berikutan itu, mahkamah kemudian menetapkan kes itu diteruskan dengan proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan 4 Jun ini bagi status laporan JKP.

Dalam prosiding hari ini Bella melantik kakak angkatnya manakala Aliff pula melantik ibunya masing-masing sebagai wakil JKP.

Semasa prosiding, peguam syarie Azmi Mohd. Rais mewakili Bella manakala Aliff diwakili peguam syarie Abdul Hadi Mohamad Salleh.

Dalam proses perceraian, JKP terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan pasangan terbabit bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian dalam kemelut rumah tangga.

Pada 11 Mac lalu, Bella atau nama sebenarnya
Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 29,
telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Aliff secara `fast track’ atas antaranya alasan sudah tiada lagi persefahaman dan mawaddah (cinta dan kasih sayang).

Penceraian fast track merupakan satu proses yang mana pasangan yang bersetuju untuk bercerai di bawah peruntukan seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dan tidak perlu menunggu selama 90 hari untuk menyelesaikan kes mereka.

Proses ini juga diselesaikan kurang enam jam bermula daripada masa pendaftaran kes sehingga perintah bertulis dikeluarkan.

Pada prosiding sebutan kali pertama di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 13 Mac lalu, Bella hadir ke mahkamah ditemani ahli keluarganya yang lain.

Bagaimanapun Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 33, ketika itu sebagai defendan tidak hadir kerana urusan kerja selain terlibat dengan penggambaran.

Sebelum ini, nama Aliff menjadi bualan hangat apabila dilaporkan ditangkap khalwat bersama seorang pelakon wanita di sebuah kondominium di ibu negara.

Perkara itu disahkan oleh adik iparnya iaitu Didi Astillah yang ditemui di lokasi kejadian bagi menemani kakaknya, Bella Astillah.

Menurutnya, dia bersama Bella hadir ke pejabat Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) selepas dimaklumkan mengenai tangkapan yang dibuat pasukan penguat kuasa terbabit.

Kemudian nama Bella pula menjadi perhatian apabila tular foto dan tangkap layar perbualan mesranya dengan pelakon baharu, Muaz Zabir menerusi aplikasi TikTok.

Terdahulu, tular laporan berita mendakwa seorang artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di sini.

Sebelum ini pada 2019, Bella dan Aliff pernah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Namun pasangan itu kemudian rujuk semula ketika Bella masih dalam edah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI