fbpx

‘Abang bukan termenung, tapi abang terlena’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gelagat kanak-kanak lelaki yang terlelap semasa bersahur

PETALING JAYA – Gelagat lucu seorang kanak-kanak lelaki ketika bersahur mencuit hati para pengguna media sosial selepas dia yang kantoi terlelap semasa makan cuba berselindung daripada ibunya.

Menerusi perkongsian video @Hash.Hash di laman TikTok, kanak-kanak lelaki yang kelihatan sudah terlelap sehingga ternganga itu cuba untuk berdalih dengan mengatakan dia hanya termenung dan bukannya terlelap.

“ Termenung lar ma, hilang otak abang,” ujar kanak-kanak tersebut kepada ibunya.

“ Abang bukan termenung, abang terlena,” tegur ibunya dalam nada yang lembut.

Walau bagaimanapun, kegigihannya untuk berpuasa haruslah dipuji kerana tidak semua kanak-kanak sebayanya mampu untuk melakukan ibadah itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna terhibur dengan gelagat spontan kanak-kanak berkenaan.

“ Untung dik mak kau suara lembut. Mak abang dulu dia tepuk meja sampai tengah hari segar mata dik,” komen Benyaki Ali.

“ Sebiji alasan macam laki aku, dah dengkur siap tersengguk lagi bila kita panggil dia. Lepas tu kata, kenapa panggil kan tengah pejam mata kejap,” kata Siti.

“ Sorry abang, acik gelak sungguh dengar part abang termenung dengan hilang otak tu,” ujar Fara Rasli. – KOSMO! ONLINE

@hh.hashhash“Hilang otak abang” 🤣🤣🤣

♬ original sound – Hash.Hash

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI