fbpx

#KitaKawan dilancarkan pupuk keharmonian kaum, agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zulkifli berbual bersama pemimpin pelbagai kaum dan agama selepas sesi dialog di Kompleks Islam Putrajaya, hari ini. FOTO - FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hari ini tampil melancarkan kempen #KitaKawan dalam usaha untuk memupuk keharmonian antara kaum dan agama.

Kempen berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Menterinya, Dr. Zulkifli Hasan selepas mempengerusikan Dialog Pemimpin Pelbagai Agama di Kompleks Islam Putrajaya di sini.

Dr.Zulkifli berkata, buat permulaan kempen itu diadakan pada program Iftar Harmoni di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur petang esok.

“Acara anjuran Global Peace Mission dan Angkatan Belia Islam Malaysia ini juga terbuka kepada bukan Muslim untuk bersama-sama hadir berbuka puasa di masjid itu.

“Kempen ini akan mengajak semua lapisan rakyat agar diletakkan perbezaan ketepi dan mahu terus dikekalkan perpaduan serta keharmonian,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Lebih 40 pemimpin badan bukan kerajaan tempatan mewakili gabungan daripada 300 organisasi hadir pelancaran ringkas itu dengan mereka memegang plakad #KitaKawan.

Katanya, pengguna media sosial juga boleh mengambil bahagian bagi menjayakan usaha berkenaan dengan memuat naik hantaran bermesejkan perpaduan dengan tanda pagar.

“Selain itu, pihak kami bersetuju diadakan banyak sesi dialog keharmonian antara agama dan kaum di samping pertemuan berkala bagi membincangkan isu-isu semasa.

“Segala perkara berbangkit termasuk isu sensitif, akan cuba diselesaikan telus secara kolektif malah pihaknya bersedia mendengar pelbagai pandangan ahli masyarakat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI