fbpx

‘Ingat scammer, rupanya menang cabutan bonanza DBKL’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismadi Sakirin (tengah), Datuk Zulkurnain Hassan dan Mohamad Hamim (dua dari kanan) bersama dengan pemenang cabutan bertuah bonanza DBKL.

PETALING JAYA – Seorang lelaki tidak menyangka menjadi individu bertuah yang berjaya memenangi hadiah utama sempena cabutan bonanza cukai taksiran anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini semalam.

Tan, 50, yang mewakili syarikatnya berkata, dia agak terkejut apabila mendapat panggilan daripada DBKL yang memaklumkan mengenai pemilihannya sebagai pemenang cabutan bertuah tersebut.

Selaku pemenang, Tan berjaya membawa pulang hadiah utama berupa kereta berjenama BYD Dolphin.

“Saya agak terkejut apabila mendapat panggilan daripada pihak DBKL yang menyatakan bahawa saya telah memenangi cabutan bertuah saya ingatkan ini hanya merupakan sindiket penipuan (scammer) sahaja.

“Jadi bila saya telefon semula kepada pihak DBKL tersebut, baru mereka sebut bahawa saya memenangi cabutan bertuah,” katanya.

Tan juga menjelaskan bahawa dia mewakili syarikat bagi membayar cukai taksiran kepada pihak DBKL sebanyak dua kali pada tahun ini.

Sementara itu, Mohd Shamsudin Othman, 46, yang memenangi motosikal Honda Vario menjelaskan dia hanya mengetahui mengenai kemenangannya selepas mendapat panggilan telefon daripada pihak DBKL.

“Saya hanya datang ke DBKL ini untuk membayar cukai taksiran sahaja. Tiga hari sebelum acara pada hari ini, mereka telefon saya untuk memaklumkan bahawa saya memenangi cabutan bertuah ini.

“Saya sangat berasa bersyukur dan tidak menjangka kerana memenangi hadiah yang sebesar ini dalam hidup saya,” katanya.

Dalam pada itu, semua hadiah disampaikan oleh Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi), Ismadi Sakirin yang mewakili Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh.

Seramai 133 orang penerima hadiah terdiri daripada pembayar cukai taksiran menerima pelbagai hadiah lain termasuk basikal elektrik, tablet, dinar emas dan barangan elektrik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI