fbpx

Pemuda peluk ibu selepas bebas tuduhan edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chong Kuang (kiri) memeluk erat ibunya di luar kamar Mahkamah Tinggi Butterworth, hari ini. -Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Seorang peniaga dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis monoacetylmorphines seberat 185.71 gram, enam tahun lalu.

Hakim Fathiyah Idris membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes Lim Chong Kuang,31, di akhir kes pembelaan.

“Mahkamah meneliti hujah kedua-dua pihak dan mendapati ada keraguan munasabah.

“Terdapat persoalan yang timbul terutamanya keterangan saksi pendakwaan keempat (SP4). Oleh itu, mahkamah melepaskan dan membebaskan tertuduh,” katanya.

Pihak pendakwaan mengemukakan tujuh saksi terdiri daripada pegawai penyiasat, pegawai polis dan ahli kimia yang dipanggil sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sariza manakala tertuduh diwakili peguam K. Mahendran.

Terdahulu, tertuduh didakwa mengedar dadah berbahaya jenis monoacetylmorphines seberat 185.71 gram di hadapan Syarikat SY Online Venture Sdn. Bhd. Jalan Idaman di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan kira-kira antara pukul 9 sehingga 11 pagi pada 29 November 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Sementara itu, Mahendran ketika ditemui berkata, keterangan saksi SP4 tidak kukuh dan menimbulkan banyak keraguan.

“Selain itu, terdapat keraguan membabitkan barangan kes yang diletakkan di atas meja pejabat syarikat terbabit kerana sesiapa saja ada akses untuk ke tempat tersebut,” katanya.

Di luar kamar mahkamah, Chong Kuang dilihat meluru ke arah ibunya dan masing-masing berpelukan selepas selesai keputusan kes. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI