fbpx

Gigi Hadid ‘kantoi’ sokong produk diboikot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GIGI HADID

MODEL terkenal berdarah Palestin, Gigi Hadid dikecam selepas tular gambarnya sedang menikmati minuman yang diketahui jenama milik Israel, iaitu Starbucks.

Menerusi foto yang tular dalam aplikasi X, kakak kepada Bella Hadid itu dilihat sedang memegang cawan minuman tertera logo jenama tersebut ketika sedang berehat selepas menjalani sebuah penggambaran untuk iklan produk kosmetik.

Tindakan Hadid itu kemudiannya memancing emosi pengikutnya dalam media sosial, apabila rata-rata kecewa dengan dirinya yang sebelum ini dilihat lantang mengutuk kekejaman tentera Zionis ke atas penduduk di Palestin.

“Bukankah selama ini dia lantang membela nasib penduduk Palestin, dan mengutuk kekejaman Israel. Tapi dia menyokong produk musuhnya sendiri,” kata seorang netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI