fbpx

Pan-gon sanggup lepas jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAN-GON sanggup menamatkan kontraknya lebih awal dengan menuntut hanya tiga bulan pampasan jika FAM mempunyai calon lain yang lebih baik. - FB FAM

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) berdepan kemungkinan menghadapi satu lagi ‘malapetaka’ apabila barisan kejurulatihan Harimau Malaya yang diketuai Kim Pan-gon dilaporkan sudah menyatakan kesediaan untuk melepaskan jawatan masing-masing.

Malah, jurulatih daripada Korea Selatan itu juga dikatakan sudah pun menghantar surat rasmi dan pastinya ia beri tamparan hebat buat FAM yang kini dikritik hebat ekoran dua kekalahan kepada Oman pada aksi kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

Sumber memberitahu, Pan-gon hanya meminta pampasan tiga bulan jika kontraknya ditamatkan lebih awal berbanding perjanjian sebenar yang menyaksikannya perlu mengemudi skuad negara sehingga 2025.

“Saya difahamkan barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya termasuk Pan-gon sudah menghantar surat itu sekali gus bersedia untuk meninggalkan pasukan kebangsaan jika khidmat mereka tidak diperlukan.

“Mereka dikatakan sudah bersedia meninggalkan pasukan dengan hanya meminta tiga bulan gaji saja sebagai pampasan,” katanya.

Pan-gon sebelum ini telah memperbaharui kontraknya bersama Harimau Malaya sehingga 2025 dan dianggap jurulatih yang tepat untuk memacu pasukan itu muncul 18 pasukan terbaik Asia yang layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 serta Piala Asia 2027 secara merit.

Bagaimanapun, kekalahan kepada Oman baru-baru ini meletakkan situasi pasukan negara makin sukar apabila berdepan misi wajib menang pada baki dua perlawanan menentang Kyrgyzstan dan Taiwan, Jun ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI