fbpx

Wanita ramai bekas kekasih kerana cepat bosan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita memiliki ramai bekas teman lelaki kerana cepat bosan bersama mereka. – GAMBAR HIASAN

JAKARTA – Seorang wanita tular di media sosial selepas mengaku mempunyai ‘koleksi’ teman lelaki yang ramai kerana cepat bosan dalam sesuatu hubungan, lapor akhbar Tribunnews semalam.

Wanita itu berkata, hubungannya bersama seseorang lelaki hanya mampu bertahan enam bulan, biarpun dia mempunyai keinginan untuk berkahwin.

Namun, dia sukar menerima lelaki dalam hidupnya, menyebabkan hubungan mereka tidak bertahan lama.

“Saya mempunyai keinginan untuk berkahwin tetapi apabila saya mempunyai hubungan dengan lelaki dalam tempoh lima hingga enam bulan, saya rasa bosan.”

“Saya akan mencari alasan untuk meninggalkannya.”

“Ini berlaku berulang kali, setakat ini saya mempunyai berpuluh-puluh bekas kekasih,” katanya.

Menerusi ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan pandangan supaya wanita itu memberi tumpuan kepada keluarga dan memperbaiki diri terlebih dahulu sehingga menemui lelaki yang betul.

Pada masa sama, ada netizen yang menganggap tindakannya menyakiti hati lelaki adalah perbuatan tidak baik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI