fbpx

Sistem pertahanan negara terima 3,000 serangan siber sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMED KHALED (empat dari kiri) menyampaikan mok cek kepada Muhammad Hafizuddeain di dalam Majlis Berbuka Puasa bersama warga Tentera Darat (TD) di Kem Ulu Tiram, Johor Bahru, hari ini. Foto BAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Serangan siber terhadap sistem pertahanan negara meningkat sehingga 3,000 kali sehari khususnya selepas Malaysia menyatakan sokongan terhadap Palestin.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, serangan itu dilakukan pelbagai pihak, termasuk dari luar negara, namun beliau enggan mendedahkan identiti pihak terlibat.

“Jika berjaya, ia bukan sahaja godam sistem kita, tetapi mereka mampu mengintip, mendengar dan meninjau pergerakan dan perbualan termasuk dalam isu Palestin.

“Mungkin disebabkan pendirian negara yang mempertahankan Palestin dan menentang tindakan Israel di Gaza,” katanya di Majlis Berbuka Puasa Menteri Pertahanan Bersama Warga Tentera Darat di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram, di sini hari ini.

Mohamed Khaled turut memberitahu, Kementerian Pertahanan sedia membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung penahanan seorang lelaki warga Israel bersama enam pucuk pistol dan 200 butir peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Rabu lalu.

“Kita sedia bantu tetapi soal keselamatan dalam negara bawah bidang kuasa polis. Kita percaya mereka mampu jalankan tanggungjawab dan kementerian juga akan pertingkatkan kawalan keselamatan negara,” ujarnya.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mendedahkan bahawa pihaknya telah menahan seorang lelaki berusia 36 tahun yang dipercayai memasuki Malaysia pada 12 Mac lalu.

Lelaki berkenaan dikesan menggunakan pasport Perancis dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan mendakwa datang ke negara ini untuk membunuh rakan senegaranya susulan masalah keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI