fbpx

JBPM peroleh peruntukan terbesar RM267 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming (dua dari kiri) melepaskan konvoi jentera bomba pada Majlis Perancaran Ops Siaga Raya Aidilfitri 2024 di pekarangan Pusat Membeli-belah Sogo, Kuala Lumpur hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memperoleh peruntukan sebanyak RM267 juta bagi perolehan aset serta projek pada tahun ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, jumlah itu merupakan peruntukan paling tinggi dalam sejarah JBPM memperoleh aset bagi tempoh setahun.

“Antara aset yang akan diperoleh termasuk RM140 juta untuk membeli 150 buah “Fire Rescue Tender”. Penyerahan akan dilakukan dengan segera fasa ke fasa.

“Ini adalah satu pembelian aset paling besar dalam sejarah bomba dan ini satu lagi bukti Kerajaan Madani dan bomba berpisah tiada.

“Kita akan letakkan aset ini di 150 hotspot dikenal pasti di seluruh negara,” katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Program Kesiapsiagaan Musim Perayaan Ops Siaga 2024 JBPM di ibu negara hari ini.

Dalam pada itu, Kor Ming memaklumkan, berdasarkan statistik JBPM, setiap bulan lebih 3,000 kes kebakaran direkodkan di seluruh negara.

Menurut beliau, tahun lalu JBPM mengambil tindakan memadam kebakaran hampir 38,000 kes di seluruh negara yang mencatatkan kerugian harta benda RM2.62 bilion.

“Ini merupakan kerugian yang sangat besar, (malah) jika dibanding belanjawan negeri Perak setahun hanya RM.1.3 bilion.

“Oleh itu menjelang Hari Raya Aidilfitri kena pastikan rumah yang ditinggalkan, risiko kebakaran adalah minimum.

“Ketika ini musim panas. Sampah, ranting pokok jangan bakar secara terbuka kerana boleh mengundang kecelakaan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, cuti Hari Raya Aidilfitri kira-kira 70 peratus pegawai dan anggota JBPM dibekukan untuk menghadapi risiko kebakaran.

Sementara itu, katanya, tahun ini KPKT akan membelanjakan RM50 juta bagi menambah 100 buah Taman Rekreasi Awam Madani di seluruh negara.

Kata beliau, KPKT menyasarkan untuk membina 500 buah Taman Rekreasi Awam Madani di seluruh negara dalam tempoh lima tahun dengan bajet dianggarkan RM25 juta.

“Sasaran saya dalam 10 tahun negara akan mempunyai 1,000 Taman Rekreasi Awam Madani lengkap dengan pokok tadahan, landskap menawan serta kemudahan riadah.

“KPKT bwrsama pihak berkuasa tempatan (PBT) telah mewartakan 23,433 hektar kawsasan tanah lapang di kawasan perumahan di seluruh negara dan kita akan kenal pasti tapak yang sesuai,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI