fbpx
Keadaan kereta mangsa dalam kemalangan maut di Persiaran Mokhtar Dahari, Shah Alam.

Dua lelaki maut kereta bertembung di Persiaran Mokhtar Dahari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Dua lelaki maut selepas kereta dipandu mereka bertembung dalam kemalangan di Persiaran Mokhtar Dahari berdekatan Alam Budiman di sini, hari ini.

Kemalangan itu mengakibatkan mangsa tempatan berusia 39 dan 21 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor, Hamdan Hamzah berkata, lapan termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 1.36 tengah hari.

“Pemeriksaan mendapati kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu Perodua Kancil yang bertembung dengan Perodua Axia. Terdapat dua mangsa tersepit di bahagian pemandu dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya petang ini.

Tambah Hamdan, kedua-dua lelaki itu berjaya dikeluarkan anggota bomba dan diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN