fbpx

6 tulang ditemui sah milik Bella

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKASI penemuan enam ketul tulang berhampiran rangka Bella di sebuah rumah terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Batu Pahat sah milik ibu tunggal itu.

BATU PAHAT – Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap enam ketul tulang yang ditemui berdekatan lokasi penemuan rangka Bella di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah di sini disahkan milik wanita malang itu.

Perkara itu dimaklumkan kakak Bella, Norhisham Samsusah, 36, menerusi perkongsi di laman facebooknya selepas keluarganya menerima laporan forensik daripada Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.

Tulang terbabit ditemui oleh pemandu jengkaut berhampiran di lokasi penemuan rangka Bella yang mati dipercayai dibunuh teman lelakinya pada 11.30 pagi, 28 Februari lalu.

“Alhamdulillah syukur. Hari ni (Jumaat) saya dimaklumkan keputusan ujian forensik mengenai tulang memang milik arwah adik saya.

“Sekali lagi perasaan kami bercampur aduk, sebak, sedih, kecewa dan marah semua ada. Bila agaknya luka di hati kami akan pulih,” katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, dia akan membuat tuntutan tulang terbabit di HSI, hari ini, dan ia akan dikebumikan di pusara Bella di Tanah Perkuburan Islam Banang Jaya, di sini.

“Di bulan yang penuh keberkatan ini, saya memohon jasa baik semua pihak mendoakan arwah.

“Semoga Allah ampunkan segala dosa arwah dan menerima amalan serta mengangkat darjatnya di sisi Allah,” katanya.

Jelasnya lagi, dia sekeluarga berharap tulang lain iaitu kaki dan belakang yang hilang dijumpai secepat mungkin.

“Satukanlah anggota arwah dan lengkapkan seperti mana yang lain dan saya juga sentiasa mendoakan supaya keadilan untuk arwah Bella dapat ditegakkan,” katanya.

Bella dilaporkan hilang pada malam 14 Disember tahun lalu, sebelum rangka miliknya tidak sempurna ditemukan di rumah sewa terbiar selepas 36 hari kehilangannya.

Ibu tunggal dua anak itu dipercayai dibunuh teman lelakinya, Mohammad Haikal Mahfuz, 24, yang kini sudah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI