fbpx

Bombadier berjaya padam kebakaran hutan Sungai Adong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran hutan tanah gambut yang sedang berlaku di Sungai Adong, Miri.

MIRI – Pesawat Bombadier CL-415 berjaya membantu memadamkan kebakaran hutan tanah gambut di Sungai Adong, Miri.

Aset APMM itu membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memadamkan kebakaran pada hari ketiga semalam melalui teknik pengeboman air dengan menggunakan sebanyak 42,000 liter air.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Mohd. Shafie Paing berkata, hasil operasi berkenaan, kawasan kebakaran dilaporkan telah pulih sebanyak 80 peratus daripada keseluruhan lokasi yang terjejas.

“Namun, terdapat kawasan kebakaran baharu dikesan berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Baram yang dianggarkan berkeluasan sekitar 60 ekar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berikutan itu, katanya pesawat Maritim Malaysia menyambung operasi pemadaman di kawasan berkenaan hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI