fbpx

Tidak pernah ragu tindakan yang diambil Najib berhubung dana RM4 bilion – Bekas Pengarah SRC International

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah SRC International Sdn. Bhd., Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak pernah meragui tindakan yang diambil oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dana RM4 bilion yang dipinjam oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)(KWAP).

Sebaliknya beliau mempercayai setiap tindakan yang dibuat oleh Najib dan bekas CEO 1MDB, Nik Faisal Ariff Kamil adalah demi kepentingan negara.

“Perlu diingatkan bahawa pada ketika itu, defendan pertama (Najib) adalah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Saya dimaklumkan bahawa bagi projek-projek yang dikenalpasti, dana yang besar adalah diperlukan. Oleh itu timbul keperluan untuk meminjam dana daripada KWAP.

“Selepas pinjaman oleh KWAP diluluskan, defendan ketiga (Nik Faisal) memberitahu saya bahawa plaintif (SRC International) sedang berusaha untuk melabur dalam dua projek lombong arang batu di Mongolia dan Indonesia jadi dana KWAP perlu disalurkan dengan segera agar tidak terlepas peluang pelaburan yang baik.

“Najib secara bersendirian atau bersama Nik Faisal telah memberikan tanggapan palsu terhadap pengarah-pengarah plaintif berhubung tujuan sebenar penyaluran dana RM4 bilion KWAP,” katanya.

Shahrol Azral berkata demikian dalam perbicaraan kes saman dikemukakan SRC International terhadap Najib dan Nik Faisal yang dinamakan sebagai defendan pertama dan ketiga.

Terdahulu, Shahrol Azral yang juga bekas CEO SRC International (selepas Nik Faisal) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Najib secara aktif mengawal dan menguruskan SRC International sama ada secara bersendirian ataupun melalui Nik Faisal.

Selain itu, Shahrol Azral menafikan dakwaan Najib bahawa beliau telah melakukan salah laku dan melanggar kewajiban sehingga menyebabkan SRC International mengalami kerugian.

“Perlu ditekankan bahawa tuga dan peranan saya sebagai pengarah (di SRC International) hanya pada nama dan tidak boleh dilaksanakansecara realiti.

“Tambahan pula, tiada alasan untuk saya meragui bahawa pada ketika itu sedang berlaku aktiviti yang meragukan dalam syariat itu,”katanya.

Pada 7 Mei 2021, SRC International memfailkan saman sivil terhadap Najib dan Nik Faisal

Dalam tuntutan tersebut, lima bekas pengarah syarikat itu turut dinamakan sebagai pihak ketiga. Sebelum ini, SRC menggugurkan lima individu berkenaan dalam saman itu dan hanya mengekalkan Najib sebagai defendan.

Lima individu itu ialah Datuk Suboh Md Yassin, Datuk Mohammed Azhar Osman Khairuddin, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Che Abdullah @ Rashidi Che Omar. dan empat bekas pengarahnya yang bermula hari ini.

SRC International yang juga anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selaku plaintif, dalam writ saman mendakwa kesemua defendan bersubahat dan melakukan pecah amanah. Najib turut didakwa menyalahgunakan kuasanya dan memperoleh ganjaran peribadi daripada dana SRC selain menyeleweng dana itu.

SRC International memohon deklarasi bahawa semua defendan adalah bertanggungjawab untuk membayar kerugian dana pelaburan itu akibat penggunaan jumlah pinjaman terbabit, selain menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi tambahan, faedah, kos dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Perbicaraan kes di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin bersambung 15 April ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI