fbpx

Pengasas KK Mart, isteri mengaku tak bersalah hina kalimah Allah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Pengasas dan pengerusi rangkaian kedai serbaneka KK Mart didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menjual stoking yang bercetak kalimah ‘Allah’.

Datuk Seri Chai Kee Kan dan Datin Seri Loh Siew Mui bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Inggeris di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir.

Mereka dituduh di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun dan denda.

Sebelum ini, tular sekeping gambar memaparkan stoking tertera kalimah Allah dijual di sebuah cawangan KK Super Mart Bandar Sunway.

Meskipun pengurusan tertinggi KK Mart telah memohon maaf namun ramai pihak mahu tindakan diambil susulan telah menghina kalimah Allah.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 178 laporan di seluruh negara berhubung ketidakpuasan hati terhadap isu penjualan stoking berkenaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI