fbpx

Pembakaran terbuka di Perlis meningkat 256 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Aktiviti pembakaran terbuka di seluruh negara merisaukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) terutama di Perlis yang meningkat sehingga 256 peratus.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, kebakaran terbuka di Perlis meningkat mendadak
daripada 70 kes pada Januari kepada 249 kes pada bulan lalu.

“Pada bulan ini, kes setakat ini merekodkan sebanyak 149 kes,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023 dan Sijil Perkhidmatan 30 tahun JBPM Kedah dan Perlis di Ibu Pejabat JBPM Kedah, di sini hari ini.

Beliau meminta penduduk mengambil sikap bertanggungjawab dan tidak melakukan sebarang aktiviti terlibat terutama di negeri yang mencatatkan suhu pada tahap gelombang haba dan berjaga-jaga.

“Kalau ikut ramalan cuaca sehingga hujung minggu ini cuaca kering, semua orang harus mengambil perhatian jangan mulakan kebakaran. Januari hingga Februari lalu, Kedah rekodkan 118 hot spot kebakaran,” ujarnya.

Tambahnya, petani juga dinasihatkan agar menangguhkan sementara waktu pembakaran jerami yang dilakukan selepas musim menuai padi ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI