fbpx

Pasangan suami isteri antara lima didakwa culik pengarah syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KAJANG – Lima individu termasuk pasangan suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menculik pengarah syarikat logistik dan pembinaan bagi mendapatkan wang tebusan Februari lalu.

Mereka ialah Ang Zi Teng, 24, Wong Chun Weng, 25, Ong Gim Yau, 28, dan pasangan suami isteri, Wong Chin Sean, 32 dan Goh Chia Ying, 33.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kelima-lima tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz.

Pengakuan tidak direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi selain tiada ikat jamin dibenarkan.

Mengikut pertuduhan, kelima-lima tertuduh didakwa secara bersama menawan atau mengambil daripada kawalan atau jagaan orang lain dengan niat memperoleh wang tebusan atau sebarang nilai atau imbuhan lain sebagai syarat pembebasan atau kembalinya ke atas mangsa yang berusia 37 tahun.

Kesalahan itu dilakukan di hadapan sebuah premis Dataran Jade di sini pukul 12.30 tengah malam pada 17 Februari lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penculikan 1961 (Akta 365) dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 30 tahun sehingga maksimum 40 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, pendakwaan diwakili Kes Timbalan Pendakwa Raya, Norfarhanim Abdul Halim manakala semua tertuduh diwakili peguam, K . Mahendren, Eryanie Abdul Rahim dan P.Prakasam.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 Mei ini bagi pengurusan kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI