fbpx

Kereta lumba rempuh penonton, 4 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nahas menyebabkan empat penonton maut dan lapan yang lain cedera. - DAILY NEWS HUNGARY

BUDAPEST, HUNGARY – Empat orang maut, manakala tujuh yang lain cedera selepas sebuah kereta lumba terbabas dari litar perlumbaan dan merempuh penonton, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut polis tempatan, kemalangan berlaku di antara bandar Labatlan dan Bajot di Budapest, Hungary. 

“Satu kemalangan maut berlaku di antara Labatlan dan Bajot pada petang 24 Mac (semalam).

“Mengikut data setakat ini, sebuah kenderaan yang menyertai perlumbaan tersasar dari jalan raya dan merempuh penonton,” kata polis dalam satu kenyataan.

Lapan ambulans dan empat helikopter dihantar ke tempat kejadian, demikian menurut Perkhidmatan Ambulans Kebangsaan Hungary.

Punca kemalangan masih belum diketahui, manakala siasatan sedang dijalankan. 

Susulan kejadian itu, perlumbaan Esztergom-Nyerges Rally dibatalkan selepas kemalangan yang melibatkan kereta Skoda Fabia Rally2. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI