fbpx

Suspek serangan Moscow cuba lari ke Ukraine – Putin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai penguat kuasa undang-undang meninjau lokasi Dewan Bandaraya Crocus selepas kejadian tembakan di Krasnogorsk, luar Moscow semalam. - AFP

MOSCOW – Presiden Russia, Vladimir Putin mendakwa bahawa suspek penyerang bersenjata yang melepaskan tembakan di sebuah dewan konsert di Moscow kelmarin, cuba melarikan diri ke Ukraine selepas insiden itu, lapor stesen penyiaran Sky News.

Dakwaan itu dibuat semasa beliau berucap di stesen televisyen tempatan semalam, meskipun kumpulan pengganas Daesh mengaku bertanggungjawab atas serangan pada malam kemarin. Setakat ini, 133 orang dilaporkan terbunuh dalam insiden itu.

Putin menyifatkan tembakan itu sebagai ‘serangan pengganas yang berdarah dan biadab’.

Beliau juga mendakwa bahawa Russia mempunyai maklumat risikan yang mengatakan Ukraine telah menyediakan ‘laluan’ untuk membenarkan kumpulan lelaki bersenjata itu melintasi sempadan negaranya.

“Kesemua empat suspek serangan pengganas yang menembak dan membunuh orang ramai telah ditemui dan ditahan.

“Mereka cuba bersembunyi dan bergerak ke arah Ukraine. Menurut data awal, laluan telah disediakan untuk mereka di sebelah Ukraine untuk menyeberangi sempadan negara,” kata Putin.

Ukraine kemudian menafikan sekeras-kerasnya sebarang penglibatan Kiev dalam tembakan itu.

Serangan tersebut berlaku dua minggu selepas Amerika Syarikat berkongsi maklumat risikan dengan pegawai keselamatan Russia mengenai rancangan serangan di Moscow yang didakwa didalangi kumpulan pelampau. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI